Osteogenesis peregangan
Osteogenesis peregangan

Osteogenesis peregangan

Osteogenesis peregangan merupakan proses pembedahan untuk membina semula kecacatan rangka serta untuk memanjangkan tulang. Dalam proses ini, tulang akan dipatahkan melalui pembedahan dan kedua-dua hujung tulang dipisah dengan cukup perlahan untuk membolehkan tulang baru bertumbuh pada luang yang wujud. Keunikan dan nilai osteogenesis peregangan terdiri daripada keupayaan untuk mengembangkan isi padu tulang dan tisu lembut di sekitarnya.Pemanjangan sehingga tujuh sentimeter disarankan bagi setiap tulang. Oleh sebab itu, seorang pesakit boleh mencapai pemanjangan tangan ataupun kaki sehingga 14 sentimeter pada jumlahnya. Walaupun 12 sentimeter untuk setiap tulang pernah dicapai, biasanya ini tidak disarankan kerana ia mengakibatkan tekanan yang kuat kepada badan. Kadar pertumbuhan tulang tergantung kepada faktor-faktor seperti umur, disiplin dan gaya hidup; umpamanya, tulang perokok bertumbuh dengan lebih perlahan daripada orang yang tidak merokok.Walaupun teknologi peregangan telah banyak dipergunakan dalam bidang ortopedik, kesudahan awal menunjukkan bahawa proses ini juga boleh digunakan untuk membina semula rangka muka.